Sunday, August 16, 2009

MeToDoLoGi PeNYeLiDiKaN & TRaGeDi TeRBaiK

Salam hari selasa minggu lepas aku dah berjaya bentang permasalahan kajian & objektif, alhamdulillah tak banyak kesilapan sangat, kecuali sikit-sikit masalah tu biasalah. So perjuangan perlu diteruskan untuk membuat bab 1, tajuk aku agak susah nak cari kosa ilmu tapi itu semua bukan alasan, tajuk itu memang aku nak buat sangat dari first year lagi aku nak buat tesis yang berkaitan dengan undang-undang. Perjuangan belum selesai akmal.

Hari Khamis lepas pula telah terjadi satu tragedi, ketika itu jam pukul 2.30 petang dan aku tengah membaca nota bahasa sepanyol ada kuiz masa tu, setengah jam kemudian mata aku terasa berat & nak tetutup, ingat nak baring jap dalam setengah jam. tiba2 aku terdengar bunyi yang sangat kuat rupanya henset aku berdering, tengok nama zul call.

Dia tanya aku tak datang kuiz ke, aku tanya balik dah pukul berapa, rupanya masa tu dah pukul 4.40. OMG aku dah lambat nak pergi kuiz macam mana nak pergi ppbl jauh tu dengan motor aku yang baru hilang dari simpanan, akhirnya aku ambil keputusan untuk satle kan sendiri dengan puan pasal kuiz tu, Jam 5.40 aku dapat mesej suruh datang kuiz esoknya jam 9.00 pagi. Nasib baik aku huhu~

So akhirnya aku menjawab kuiz dengan tenang sekali dan berjaya menjawab kuiz tersebut dengan cemerlangnya. Peace :)

PeNCeMaRaN BaHaSa AdA Ke???

Berdasarkan pada tajuk diatas mesti anda tahu apa yang akan dibincangkan kali ini, pencemaran bahasa merupakan suatu isu yang dipandang enteng oleh masyarakat tetapi jika tidak dibendung akan menyebabkan keunikan bahasa Melayu itu akan pupus ditelan dek zaman. Pencemaran bahasa berlaku dimana sahaja, dalam filem, papan iklan, penggunaan bahasa seharian, dan pelbagai lagi situasi yang berlakunya pencemaran bahasa.

Contoh paling mudah yang mampu diberikan ialah bahasa SMS yang menjadi trend muda-mudi zaman kini, bahasa SMS digunakan bagi meringkaskan sesuatu perkataan untuk menjimatkan ruang dalam mesej, namanya pun sistem pesanan ringkas maka bahasa yang digunakan juga ringkas. Bukan mudah untuk mengubah kembali trend yang sudah lama dipraktikkan ini, hanya kesedaran dalam memartabatkan bahasa Melayu sahaja mampu mengubahnya.

Selain itu penggunaan bahasa biasa semasa majlis rasmi juga boleh dikira sebagai pencemaran bahasa kerana jenis bahasa dan gaya bahasa untuk majlis rasmi adalah berbeza dengan bahasa yang digunakan seharian. kata-kata hormat yang digunakan mempunyai keunikan tersendiri, maka jika sesuatu majlis itu tidak menggunakan bahasa rasmi, ia ibarat seperti menghina majlis itu, oleh itu sesuatu bahasa itu perlu bergantung pada jenis majlis bagi mengelakkan pencemaran bahasa.

Pada papan-papan iklan juga menjadi medan berlakunya pencemaran bahasa, kesalahan ejaan yang biasanya menyebabkan pencemaran bahasa kerana kononnya untuk menambahkan keunikan pada iklan tersebut, namun penambahan tersebut telah menyebabkan berlakunya pencemaran biasa. Percampuran bahasa asing dalam iklan juga menyebabkan pencemaran bahasa, biasanya boleh dilihat pada iklan yang membabitkan teknologi dan komunikasi.

Secara keseruluhannya, pencemaran berlaku dimana sahaja seperti di restoran, papan iklan, tanda jalan dan sebagainya. Namun masyarakat hanya mengambil mudah hal itu tanpa mengambil tindakan bagi mengatasi masalah berkenaan, perasaan cintakan bahasa dan kesedaran dalam memartabatkan bahasa itu perlu agar fenomena pencemaran bahasa dapat diatasi.

Sunday, August 9, 2009

SeJaRaH DeWaN BaHaSa & PuSTaKa

Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) , atau nama asalnya Balai Pustaka, ialah sebuah jabatan kerajaan Malaysia yang ditubuhkan pada 22 Jun 1956 untuk menggerak dan memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa ilmu.

Pada 22 Jun 2006, Dewan Bahasa dan Pustaka menyambut ulang tahun penubuhannya yang ke-50. Sempena ulang tahun tersebut Pos Malaysia melancarkan setem kenang-kenangan ulang tahun ke-50 Dewan Bahasa dan Pustaka dengan menampilkan denominasi setem bernilai 50 sen (dua rekaan) dan seringgit (RM1).

DBP ditubuhkan sebagai sebuah jabatan kecil di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia di Johor Bahru, Johor semata-mata untuk mengembangkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara yang akan merdeka ketika itu. Nama asalnya "Balai Pustaka".

Setelah Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu III yang berlangsung di Singapura dan Johor Bahru pada 16 - 21 September 1956, Balai Pustaka dinamakan sebagai "Dewan Bahasa dan Pustaka" atas cadangan kongres tersebut. Di samping itu, DBP juga dinaik taraf sebagai badan yang mempunyai anggota lembaga sendiri.

Pada tahun 1957, DBP berpindah ke Kuala Lumpur. Melalui Ordinan Dewan Bahasa dan Pustaka 1959, DBP dinaikkan taraf lagi menjadi sebuah badan berkanun. Dengan penaikan taraf ini, DBP diberi kuasa autonomi untuk:

  • menggubal dasarnya yang khusus;
  • menyusun rancangan pembinaan dan pengembangan bahasa dan sastera; dan
  • menjalankan kegiatan penerbitan dan perniagaan buku yang serupa dengan sektor swasta.

Pada 31 Januari 1962, DBP berpindah ke bangunan sendiri di Jalan Lapangan Terbang Lama (sekarang Jalan Dewan Bahasa). Kemudian pada tahun 1977, DBP mengembangkan sayapnya ke Malaysia Timur dengan pembukaan dua pejabat di Kota Kinabalu, Sabah dan di Kuching, Sarawak. DBP juga membuka pejabat di Brunei pada tahun 1963. Ini diikuti pula dengan pembukaan tiga buah pejabat lagi, iaitu:

DBP menyambut ulangtahun Jubli Emas 50 Tahun DBP dan perasmian Menara DBP pada 22 Jun 2006

Sumber dari wikipedia~

Sunday, August 2, 2009

SeLaMaT DaTaNG


Selamat datang ke blog Karya Agong Sang Ilmuan. Blog ini diwujudkan bertujuan untuk merealisasikan tugasan yang diberikan oleh pensyarah kami iaitu Encik Azhar Jalaludin (A.J) bagi subjek Linguistik & Komputer. Di dalam blog ini akan dimuatkan segalanya tentang linguistik dari fonetik hingga ke stilistik serta perjalanan saya dalam menyiapkan tesis dibawah penyeliaan Dr. Fadzeli Jaafar. Belum pernah menjalani kuliah dengannya tetapi diharap Dr. Fadzeli dapat membantu saya dalam menyiapkan tesis dengan tajuk yang dipilih belum pernah ada mahasiswa yang membuat tesis serupa itu. Segala ilmu linguistik akan di kongsi bersama dengan paparan artikel dan rencana daripada ahli lingusitik dunia. Di harap blog ini mampu mengubah persepsi masyarakat terutamanya golongan pelajar tentang lingusitik.